Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah FASA 2 (STR2) telah diawalkan mulai 5 April 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.
Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM1.26 bilion yang memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima daripada golongan B40.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau turut turun padang bagi melihat proses penunaian STR2 di Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Meru Raya.